‘Terima kasih MFD ajar kami bahasa isyarat, kenali dunia orang pekak’ –  Pelajar  University of Cyberjaya

Date:

KUALA LUMPUR – ‘Kalau tak kenal, maka tak cinta’.

Mungkin istilah itu sudah sekian lama tidak didengari, namun ia tetap menjadi kenyataan.

Begitulah juga dengan kalangan pelajar-pelajar tahun satu jurusan  perubatan dari University of  Cyberjaya yang menyatuni dan mengadakan program di Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) di Puchong dekat sini.

Kehadiran kumpulan pelajar itu secara berkumpulan setiap minggu secara langsung memberi pendedahan baharu kepada mereka sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan sebagai doktor.

Ia sebagai persiapan awal untuk mereka yang kelak akan menemui para pesakit pelbagai latar belakang termasuk komuniti orang pekak.

Kumpulan pelajar itu diberi pendedahan mengenai Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) oleh tenaga pengajar MFD dan kemudian dipraktikan ketika berinteraksi dengan kanak-kanak pekak taska dan tadika Istika Jaya.

Para pelajar jurusan perubatan University of Cyberjaya berinteraksi dengan kanak-kanak pekak di MFD, Puchong, Selangor.

“Ini pendedahan pertama saya. Memang bahasa isyarat ini amat menarik.

“Selama ini saya tidak terfikir pun untuk berinteraksi dengan komuniti pekak,” kata Sahane Aouled yang berasal dari Perancis.

Rahma Aber Mohamed Mahmoud

Seorang lagi pelajar, Rahma Aber Mohamed Mahmoud pula berkata, belajar BIM seolah-olah satu dunia baharu bagi dirinya.

“Memang sebelum ini saya tidak tahu apa itu bahasa isyarat.

“Malah, apabila bertemu dengan orang pekak, saya tidak tahu bagaimana hendak  berkomunikasi,” katanya yang berasal dari Mesir.

Chathuni Wickramasinghe pula berkata, selain dapat mengenali MFD dan belajar BIM, dia juga berkesempatan berinteraksi walaupun secara singkat dengan kanak-kanak pekak taska Istika Jaya.

“Kini saya tahu bahawa kanak-kanak pekak juga mempunyai kehidupan yang sama dengan kanak-kanak tidak pekak.

“Mereka begitu ceria menyambut  kehadiran kami di MFD,” katanya.

Arman Hadif Mohd. Safwan

Seorang lagi pelajar, Arman Hadif Mohd. Safwan tidak menyangka program  menyantuni MFD sangat bermanfaat  untuk dirinya serta rakan-rakan pelajar lain.

“Apabila berada di MFD, banyak perkara baharu dapat kami pelajari  terutama mengenai dunia orang pekak.

Para pelajar University of Cyberjaya memberi tumpuan dalam sesi taklimat mengenai MFD dan seterusnya pengenalan kepada bahasa isyarat di MFD, Puchong, Selangor.

“Terima kasih MFD, terima kasih,” katanya berulang kali.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

‘Banyak perkara baharu saya pelajari dari MFD’ – Pelajar UKM

PUCHONG – Selama dua minggu dia menumpukan masa dan...

‘Kami keluarga pekak, gembira dapat tinggal sebumbung’

TUMPAT- Tiada apa yang lebih menggembirakan ibu bapa apabila...

Pasangan pekak  bertemu jodoh di gelanggang futsal

PASIR MAS – Siapa sangka, pada mulanya hanya menyertai...

Insan pekak Mohd. Fauzi miliki kemahiran  baiki peti sejuk, mesin basuh

TUMPAT - Lahir sebagai insan pekak dan sejak dari...