DIHARGAI….Penglibatan beliau dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama melibatkan orang pekak sentiasa diberi perhatian oleh pelbagai pihak termasuk dari dalam mahupun luar negara.
Sehubungan itu, Pengarah Eksekutif Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD), Mohamad Sazali Shaari telah dipilih sebagai Tokoh Sukan Negara bagi orang pekak pada majlis Anugerah Sukan Pekak Negara bertempat di Majlis Sukan Negara (MSN), Kuala Lumpur.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari.
Ia bukan sahaja sebagai pengiktirafan, malah penghargaan kepada Mohamad Sazali, MFD dan komuniti pekak keseluruhannya.




