Jiwa penuh semangat mendidik kanak-kanak pekak, namun setelah 10 tahun akhirnya berundur dengan berat hati

Date:

PUCHONG – Sebut sahaja nama Cikgu Anitha, pasti kalangan kakitangan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) dan kanak-kanak pekak di Taska Istika Jaya di sini, mengenalinya.

Ini kerana cikgu Anitha atau nama penuhnya, Anitha a/p Krishna @ Krishnan dianggap ‘orang lama’ yang telah menyumbangkan jasa dan bakti di taska berkenaan selama lebih 10 tahun.

Sebagai insan pekak, Anitha juga mahu menyumbangkan jasa untuk mendidik serta mengasuh kanak-kanak pekak.

Bayangkan, khidmatnya lebih 10 tahun lalu menjadikan kalangan murid-murid  Taska Istika Jaya ada yang berjaya menjejakkan kaki ke sekolah rendah dan menengah.

Namun, meringkaskan kisah, Anitha akhirnya berundur dengan berat hati bagi menumpukan pada urusan lain.

Anitha a/p Krishna @ Krishnan (kiri) memberi ucapan menggunakan bahasa isyarat di MFD, Puchong, Selangor.

“Memang berat  hati untuk berundur  kerana saya sudah sebati dengan MFD dan Taska Istika Jaya.

“Ramai kanak-kanak pekak yang menjadi pengubat hati ini.

“Saya pasti akan merindui kanak-kanak Taska Istika Jaya. Saya harap dapat terus berhubung dengan MFD dan Taska Istika Jaya bagi melepaskan rindu kelak,” katanya menggunakan bahasa isyarat.

Sebagai menghargai khidmatnya, satu majlis penghargaan diadakan untuk Anitha yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif MFD, Mohamad Sazali Shaari.

Majlis itu juga dihadiri kanak-kanak Taska dan Tadika Istika Jaya serta pelajar-pelajar transit.

“Terima kasih cikgu Anitha kerana memberi khidmat kepada MFD dan Taska Istika Jaya,” kata Mohamad Sazali.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

40 orang pekak diraikan dalam program Ramadan anjuran Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS

KUANTAN – Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) di sini,...

MFD beri pendedahan bahasa isyarat kepada pelajar, guru Hua Xia International School

KUALA LUMPUR – Sebanyak 45 pelajar Hua Xia International...

Senator Isaiah D. Jacob berkunjung ke MFD

TURUN PADANG....Senator Isaiah D. Jacob meluangkan masa lebih satu...

Wanita  minta bantuan MFD belajar bahasa isyarat setelah hilang suara

KUALA  LUMPUR – Suatu ketika dahulu, sama ada di...