MFD anjur bengkel pembangunan modul tingkat ilmu, kemahiran tenaga pengajar

Date:

MENIMBA ILMU…Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) tidak pernah ‘sunyi’ dari aktiviti atau program terutama yang berkaitan dengan ilmu dan kemahiran.

Yang terbaharu, satu bengkel pembangunan modul mengenai istilah dan perkara atau rujukan yang berkaitan, telah diadakan bagi meningkatkan ilmu serta kemahiran para tenaga pengajar MFD.

Bengkel selama dua hari itu memberi fokus kepada pelbagai istilah, kemahiran yang kelak akan diguna serta dikongsi dengan komuniti pekak dan masyarakat umum.

Sebahagian peserta yang menyertai bengkel anjuran MFD di Kuala Lumpur.

Selama dua hari, para peserta telah ‘berkampung’ di ibu negara bagi membincangkan serta menetapkan pelbagai perkara berkaitan.

Turut hadir sepanjang bengkel itu ialah Pengarah Eksekutif MFD, Mohamad Sazali Shaari, jurubahasa isyarat dan tenaga pengajar.

Menjadi harapan MFD, dari bengkel tersebut dan juga yang dalam perancangan, komuniti pekak serta tenaga pengajar akan memperolehi pelbagai manfaat dan ilmu.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

40 orang pekak diraikan dalam program Ramadan anjuran Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS

KUANTAN – Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) di sini,...

MFD beri pendedahan bahasa isyarat kepada pelajar, guru Hua Xia International School

KUALA LUMPUR – Sebanyak 45 pelajar Hua Xia International...

Senator Isaiah D. Jacob berkunjung ke MFD

TURUN PADANG....Senator Isaiah D. Jacob meluangkan masa lebih satu...

Wanita  minta bantuan MFD belajar bahasa isyarat setelah hilang suara

KUALA  LUMPUR – Suatu ketika dahulu, sama ada di...