TURUN PADANG….Senator Isaiah D. Jacob meluangkan masa lebih satu jam berkunjung ke pejabat Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) di Puchong, Selangor.
Dari kunjungan tersebut, satu mesyuarat telah diadakan antara lain bertujuan mengenal pasti dan menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul melibatkan ahli-ahli di bawah naungan MFD.
Hadir sama menyambut kehadiran Senator Isaiah D. Jacob ialah Pengarah Eksekutif MFD, Mohamad Sazali Shaari.




