Kualiti hospital awam tidak banyak berubah, sewajarnya kerajaan tingkatkan serta perkenalkan dasar baharu – Zulkifli

Date:

Zulkifli Abdul Aziz menggesa kerajaan memperkenalkan dasar baharu bagi meningkatkan kualiti di semua hospital awam di negara ini.

Kualiti hospital awam tidak banyak berubah, sewajarnya kerajaan tingkatkan serta perkenalkan dasar baharu – Zulkifli

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan termasuk rawatan di semua hospital awam di negara ini kerana ia didapati agak jauh ketinggalan berbanding hospital swasta.

Langkah meningkatkan kualiti di hospital awam itu sangat wajar agar rakyat dapat menerima perkhidmatan yang lebih baik.

Peningkatan kualiti itu bermaksud bukan sahaja melibatkan perkhidmatan yang diberikan seperti rawatan serta bantuan lain, malah apa jua yang berkaitan dengan hospital awam seperti ubat-ubatan, peralatan, struktur fizikal, teknologi perubatan dan sebagainya.

Pengerusi Persatuan Profesional Dialisis Malaysia (PPDM), Datuk Dr. Zulkifli Abdul Aziz berkata, langkah itu perlu memandangkan kualiti di hospital-hospital awam jauh ketinggalan berbanding hospital awam di negara jiran seperti Singapura.

“Kalau tak mahu bandingkan dengan hospital awam di negara jiran, kita tengok sahaja contoh yang dekat iaitu kualiti antara hospital awam dan hospital swasta di negara ini.

“Tanyalah mana-mana rakyat negara ini, mana kualiti yang lebih baik, hospital awam atau hospital swasta?. Tepuk dada, tanya selera,” katanya.

Zulkifli berkata, sudah tiba masanya perkhidmatan hospital-hospital awam dikaji semula memandangkan terlalu banyak rungutan rakyat yang tidak berpuas hati dengan kualiti sedia ada.

Sehubungan itu, katanya, adalah perlu kerajaan memperkenalkan dasar-dasar baharu berkaitan dengan perkhidmatan dan kualiti di hospital-hospital awam.

“Sepatutnya sebagai kerajaan,  menjadi tanggungjawab dan amanah kerajaan untuk dipikul bagi menyediakan kualiti yang lebih baik di hospital-hospital awam.

“Juga adalah menjadi hak rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan dan kualiti yang lebih baik di hospital-hospital awam,” katanya.

Di samping itu, Zulkifli turut memberi contoh mudah bagaimana ambulans di hospital swasta lebih cepat bertindak berbanding ambulans hospital  awam.

“Kita faham kesesakan di hospital awam walau bagaimanapun kualiti hospital awam perlu ditingkatkan dan diberi perhatian yang wajar,” katanya.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

40 orang pekak diraikan dalam program Ramadan anjuran Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS

KUANTAN – Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) di sini,...

MFD beri pendedahan bahasa isyarat kepada pelajar, guru Hua Xia International School

KUALA LUMPUR – Sebanyak 45 pelajar Hua Xia International...

Senator Isaiah D. Jacob berkunjung ke MFD

TURUN PADANG....Senator Isaiah D. Jacob meluangkan masa lebih satu...

Wanita  minta bantuan MFD belajar bahasa isyarat setelah hilang suara

KUALA  LUMPUR – Suatu ketika dahulu, sama ada di...