15 belia pekak, 35 kakitangan GBS sertai program tanam pokok bakau di Sijangkang

Date:

KUALA LANGAT – Mengekalkan habitat dan menjaga alam sekitar hakikatnya memerlukan sikap kesedaran serta kerjasama dalam kalangan masyarakat.

Kesedaran itu perlu dipupuk bermula dari  generasi muda agar kelak negara mempunyai barisan pelapis yang cintakan alam sekitar.

Sehubungan itu, Givaudan Business Solution (GBS) bersama 15 belia dari Unit Belia Pekak Malaysia di bawah naungan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) mengambil inisiatif bekerjasama mengadakan program menanam pokok bakau.

Sebahagian peserta pekak merakamkan gambar setelah berjaya menanam pokok-pokok bakau di Kampung Sijangkang, Kuala Langat, Selangor.

Program Penanaman Pokok Bakau Bersama Komuniti Inklusif itu bertemakan ‘Can You Hear Us’ (CUHU) di Taman Rekreasi Pokok Bakau Kampung Sijangkang dekat sini.

Apa yang menarik, progrom tersebut memperlihatkan setiap peserta sudah bersedia untuk bergelumang dengan lumpur dan berjaya menanam 13 anak pokok bakau kurap.

Beberapa peserta tekun menanam pokok bakau di Kampung Sijangkang, Kuala Langat, Selangor.

Lebih menarik, apabila program itu memperlihatkan kerjasama antara kakitangan GBS dengan belia pekak melibatkan kerja-kerja menggali lubang dan seterusnya menanam anak-anak  pokok bakau.

Para peserta tetap ceria sepanjang program menanam pokok bakau di Kampung Sijangkang, Kuala Langat, Selangor.

Perancang Bekalan Serantau GBS yang juga pengurus program berkenaan, Nur Halimah Ismail memberitahu, GBS sudah lama mengenali MFD sejak beberapa tahun lalu.

“Selain turut belajar bahasa isyarat, kini GBS mahu Unit Belia Pekak Malaysia sama-sama menjalankan aktiviti di lapangan.

Kerjasama antara peserta GBS dan Unit Belia Pekak Malaysia berjaya merealisasikan program menanam pokok bakau.

“Ia bukan sahaja mewujudkan kerjasama, malah saling faham memahami,” katanya.

Beliau turut memeritahu, peserta GBS termasuk  kalangan kakitangan yang berasal dari Jepun, Indonesia dan Thailand.

Sementara itu, Presiden Unit Belia Pekak Malaysia, Iskandar  Mohamad Sazali berkata, program yang melibatkan kerja-kerja di lapangan dan komuniti setempat memang sentiasa dinanti-nantikan.

‘Kami berjaya’…itulah antara kata-kata diluahkan oleh para peserta yang menyertai program menanam pokok bakau di Kampung Sijangkang, Kuala Langat, Selangor.

“Unit Belia Pekak Malaysia sentiasa bersedia menyertai program-program kemasyarakatan di mana sahaja.

“Yang penting kami mendapat ilmu selain mengeratkan silaturahim dengan penduduk, malah program seperti ini juga dapat menjaga alam sekitar,” katanya.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

Kakitangan MFD jadi tetamu khas, melawat kilang Ajinomoto (M) Berhad di Bandar Baru Enstek

SEREMBAN – Beberapa kakitangan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD)...

Pembukaan restoran nasi kadar di Bandar Puteri meriah, ahli-ahli Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) turut hadir

MENYELERAKAN...Itulah reaksi setiap tetamu yang hadir pada majlis pembukaan...

Kelas Bahasa Isyarat:  Kolaborasi MFD – Steelcase Manufacturing (M) Sdn. Bhd diteruskan

PUCHONG – Dari satu sesi ke sesi berikutnya, kakitangan...

Kakitangan  PERKESO terus pilih MFD belajar bahasa isyarat, kini memasuki tahap 2

KUALA LUMPUR – Bermula dengan kelas bahasa isyarat tahap...