Orang pekak antara kalangan lebih 200 peserta sertai Konvensyen Mahabbah OKU anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Date:

KUALA LUMPUR – Pengalaman menyembelih ayam dan seterusnya melapah haiwan tersebut dengan cara yang betul mengikut perspektif Islam, merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh kebanyakan orang terutama golongan orang kurang upaya (OKU).

Ini kerana, bukan semua orang dapat belajar mengenai teori dan seterusnya melakukan secara praktikal cara-cara penyembelihan dan melapah dengan diselia oleh pegawai agama.

Dengan tunjuk ajar dari pegawai agama Islam, penyembelihan yang dilakukan itu dapat memastikan haiwan tersebut halal dimakan.

Peserta wanita melakukan penyembelihan ayam di pekarangan Masjid At-Taqwa, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Konvensyen Mahabbah OKU Wilayah Persekutuan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail di sini.

Peserta lelaki melakukan penyembelihan ayam di pekarangan Masjid At-Taqwa, Kuala Lumpur.

Lebih 200 orang termasuk orang pekak dari Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) dan Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA) menyertai konvensyen tersebut. Turut serta kalangan orang buta dan beberapa orang kerdil.

Konvensyen tersebut dimulakan dengan ceramah yang tertumpu kepada teori sembelihan dalam Islam dan disusuli sesi soal jawab.

Beberapa peserta wanita melakukan kerja-kerja melapah ayam di pekarangan Masjid At-Taqwa, Kuala Lumpur.

Para peserta kemudian diberi peluang merasai sendiri cara-cara menyembelih ayam secara praktikal dan diikuti kaedah melapah tanpa menggunakan air panas.

Sehubungan itu, pada konvensyen berkenaan, setiap peserta melibatkan orang pekak dan orang buta dapat melalui sendiri pengalaman tersebut apabila JAWI menyediakan 100 ekor ayam untuk disembelih.

Kalangan peserta lelaki yang menyertai Konvensyen Mahabbah OKU Wilayah Persekutuan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Konvensyen kemudian berakhir dengan ceramah ‘OKU Cakna Halal’.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

Kakitangan MFD jadi tetamu khas, melawat kilang Ajinomoto (M) Berhad di Bandar Baru Enstek

SEREMBAN – Beberapa kakitangan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD)...

Pembukaan restoran nasi kadar di Bandar Puteri meriah, ahli-ahli Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) turut hadir

MENYELERAKAN...Itulah reaksi setiap tetamu yang hadir pada majlis pembukaan...

Kelas Bahasa Isyarat:  Kolaborasi MFD – Steelcase Manufacturing (M) Sdn. Bhd diteruskan

PUCHONG – Dari satu sesi ke sesi berikutnya, kakitangan...

Kakitangan  PERKESO terus pilih MFD belajar bahasa isyarat, kini memasuki tahap 2

KUALA LUMPUR – Bermula dengan kelas bahasa isyarat tahap...