MFD sertai sambutan Merdeka ke-68 di bawah program Rakyat Disantuni di Summit USJ

Date:

SUBANG JAYA – Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 di bawah program Konvoi Rakyat Disantuni yang bertemakan Malaysia Madani Rakyat Disantuni turut disertai Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD).

Pada sambutan yang diadakan di Summit USJ itu, MFD turut membuka ‘booth’ bagi memperkenalkan peranan persekutuan tersebut termasuk memberi tunjuk ajar mengenai Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) kepada  pengunjung.

Kalangan pengunjung mengibarkan Jalur Gemilang pada sambutan Hari Kebangsaan ke-68 di Summit USJ, Selangor.

Program yang mendapat kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk Majlis Bandaraya Subang Jaya (MPP MBSJ), MBSJ dan pelbagai pihak lain, bukan sahaja menampilkan kelainan, malah lebih 1,000 orang hadir yang melibatkan pelbagai aktiviti.

Beberapa pengunjung melawat ‘booth’ Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD).

Antara daya tarikan ialah konvoi lebih 40 kereta klasik dari pelbagai model bermula dari Summit USJ di sini.

Turut diadakan ialah pertandingan catur melibatkan pelajar-pelajar sekolah, aktiviti derma darah yang dikendalikan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), kuiz hari merdeka,  pemeriksaan kesihatan dan beberapa aktiviti lain.

Beberapa kereta klasik yang mencuri tumpuan ramai.

Program  yang padat dengan atur cara itu dirasmikan oleh Datuk Bandar MBSJ, Datuk Amirul Azizan Abd. Rahim dan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Subang Jaya,  Michelle Ng Mei Sze.

Antara tetamu yang didatangkan khas ialah beberapa atlet paralimpik.

Sebahagian pengunjung yang menceriakan sambutan Hari Kebangsaan ke-68 di Summit USJ, Selangor.

Amirul Azizan ketika berucap merasmikan program tersebut, menggesa penduduk supaya mengeratkan lagi perpaduan sesama kaum tanpa mengira latar belakang.

Jelasnya, perpaduan amatlah penting dalam memastikan Malaysia terus membangun demi kepentingan semua.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

40 orang pekak diraikan dalam program Ramadan anjuran Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS

KUANTAN – Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) di sini,...

MFD beri pendedahan bahasa isyarat kepada pelajar, guru Hua Xia International School

KUALA LUMPUR – Sebanyak 45 pelajar Hua Xia International...

Senator Isaiah D. Jacob berkunjung ke MFD

TURUN PADANG....Senator Isaiah D. Jacob meluangkan masa lebih satu...

Wanita  minta bantuan MFD belajar bahasa isyarat setelah hilang suara

KUALA  LUMPUR – Suatu ketika dahulu, sama ada di...