MFD, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia rancang terbit buku bahasa isyarat berkaitan istilah yang terdapat dalam syariah

Date:

PUCHONG – Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) tidak pernah berdiam diri, sebaliknya terus mengorak langkah dan kali ini merancang menerbitkan sebuah lagi buku poket Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) berkaitan istilah-istilah yang terdapat dalam syariah.

Langkah itu adalah hasil perbincangan dengan Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Hasil perbincangan yang turut disertai Pengarah Eksekutif MFD, Mohamad Sazali Shaari, kedua-dua pihak bersetuju meneruskan usaha lanjut termasuk mengadakan bengkel berkaitan.

Langkah menerbitkan buku poket bahasa isyarat itu antara lain bagi membantu urusan orang pekak yang terlibat dalam kes-kes syariah.

Perbincangan MFD dan Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang turut dihadiri Mohamad Sazali Shaari (kanan) di Puchong, Selangor.

Ini termasuk memberi pengetahuan kepada kakitangan jabatan berkenaan mengenai keperluan kemahiran bahasa isyarat.

Adalah diharapkan, buku poket tersebut dapat diterbitkan pada awal Ogos tahun ini.

Penerbitan buku poket bahasa isyarat berkaitan syariah itu membuktikan bahawa MFD sentiasa prihatin dengan komuniti pekak dan bergerak mengikut peredaran zaman.

Share post:

Subscribe

spot_imgspot_img

Popular

Artikel Berkaitan
Related

Kakitangan MFD tetamu undangan khas jamuan raya Rienz Travels & Tours

MERIAH...Pelbagai kaum terus bersama-sama meraikan sambutan Syawal dan yang...

Lebih 300 orang hadir sambutan Aidilfitri MFD

PUCHONG – Lebih 300 orang termasuk kalangan keluarga orang...